Friday, July 13, 2012

BUKA MATA, BUKA MINDA

Sesiapa yang mengatakan bahawa mindanya tumpul, mindanya lembap, dah tak boleh anjal merupakan sesuatu yang silap. Tuhan sudah menyatakan dalam al-Quran bahawa "Aku jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian", sudah menggambarkan bahawa manusia itu hebat, manusia itu berpotensi untuk menjadikan diri mereka hebat. Tuhan juga menyatakan dalam al-Quran bahawa, ' Aku tidak akan menolong sesuatu kaum itu sehingga mereka menolong diri mereka sendiri". Buangkan persepsi buruk terhadap diri sendiri, buang sangkaan buruk orang lain terhadap diri kita. Buka mata dan buka minda.


Lihat diri rakan-rkan anda di IPP (Institut Pengurusan Peladang) Machang, Kelantan semasa Kem Tunas Gemilang 8A PMR antara 10 hingga 12 Julai 2012 yang lalu.

Mereka mula menunjukkan bakat

Mereka mulai mencari peluang

Mereka belajar bersabar

Jangan buat begini. Mereka belajar untuk jadi orang baik

Mereka pantang dicabar

Mereka tekun dan fokus

Mereka percaya mereka boleh

Untuk menjadi manusia hebat, kita kena berfikir secara hebat, bertindak secara hebat, bercakap secara hebat dan berpersonaliti hebat. Orang hebat mempelihatkan kehebatannya melalui pertuturan, berpakaian, pergaulan dan cara ia menghormati orang lain. Kalau kita hendak dihargai orang lain, maka kita seharusnya menghormati orang lain. Generasi hebat tidak meletak dirinya dalam keadaan berselekeh, dalam keadaan 'bergewan" atau mukadimah zina, dalam keadaan membuang masa . Generasi hebat sentiasa fokus pencapaian dirinya samada dalam akademik, dalam pidato, dalam berbahas, dalam pergaulan yang menggambar ia manusia harapan ibubapa dan negara. 
Mereka mulai berani dan yakin


Rupanyan mereka ada potensi yang terpendam selama ini

Mereka sudah boleh berbincang dan membuat keputusan

Jangan takut untuk menjadikan diri anda berbeza dengan orang lain. Perbezaan itu menggambarkan anda seorang yang sentiasa berfikiran kehadapan, mempunyai idea, dinamik, elastik dan boleh menyesuaikan diri. Anda boleh berdikari dan anda mampu melaksanakan sesuatu yang terbaik dalam hidup anda. Anda tidak mudah mengalah dan anda sentiasa menyahut cabaran semasa. Itulah anda yang hebat.


Tunjukan berani

Belajar berdikari
Mencuba sesuatu yang baru



Syabasssss
Jika anda sentiasa mencuba, anda akan sentiasa yakin dengan diri anda. Anda percaya bahawa anda memang terbaik sebagaimana Tuhan kata, "Aku jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian".

1 comment:

  1. Keheb atan sebnar ada dalam diri masing-masing cuma tunggu masa untuk berkembang dan membesar.

    ReplyDelete