Monday, July 23, 2012

198 Perogol Di kalangan Kanak-kanak; Fakta Sosial Yang Menggerunkan


KUALA TERENGGANU- Dalam pada pelbagai yang berpihak mendakwa, indeks jenayah negara dilaporkan menurun, namun perlakuan jenayah membabitkan kanak-kanak dan pelajar termasuk jenayah berat seperti rogol dan bunuh amat membimbangkan.




Lebih mengejutkan, ada kanak-kanak yang terjebak dalam jenayah seawal usia tujuh tahun. Statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini (2012), kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam 18 kes bunuh, 198 (rogol), dua (rompak berkumpulan bersenjata api), 185 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 19 (rompakan) dan 141 (mendatangkan kecederaan).

Mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian, 584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 (ragut), 17 (pecah rumah siang hari) dan 232 (pecah rumah malam hari).

Dalam tempoh sama tahun lalu, mereka terbabit dalam 13 kes bunuh, 181 (rogol), tujuh (rompak berkumpulan bersenjata api), 74 (rompak berkumpulan tanpa senjata api); 132 (mendatangkan kecederaan), 324 (curi), 385 (curi kenderaan), 25 (ragut), 28 (pecah rumah malam hari) dan 158 (pecah rumah siang hari).

Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu. 

Daripada jumlah itu, 50 kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, 507 kes (13 hingga 15 tahun) dan 1,360 kes (16 hingga 18 tahun) dengan 42 kes dilakukan perempuan.

Berbanding statistik polis pada tahun lalu (2011), dalam tempoh Januari hingga September, Seramai 4,474 kanak-kanak berumur seawal tujuh tahun ditahan dalam pelbagai kes jenayah, termasuk 1,847 orang daripadanya merupakan pelajar sekolah.

Dalam tempoh sembilan bulan itu, jenayah kekerasan yang merangkumi kes bunuh, rogol, samun berkumpulan dengan senjata api, samun berkumpulan tanpa senjata api, samun dengan senjata, samun tanpa senjata dan mendatangkan kecederaan turun sebanyak 6,344 kepada 24,065 kes berbanding 30,609 kes pada tahun 2009.

Statistik itu juga menunjukkan 430 kes bunuh, 2,746 (rogol), 76 (rompak berkumpulan bersenjata api), 12,834 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 25 (rompakan) 2,831 (rompak tanpa senjata) dan 5,119 (mendatangkan kecederaan).

Mereka turut terbabit dalam 54,170 kes kecurian termasuk 39,856 curi motosikal dan 10,222 curi kereta, 4,742 (ragut), 6,702 (pecah rumah siang hari) dan 19,469(pecah rumah malam hari).

Daripada jumlah mereka yang terbabit, 28 kes melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun, 90 kes (11 hingga 12 tahun), 1,271 (13 hingga 15 tahun) dan 3085 (16 hingga 18 tahun).

Terengganu Adalah Negeri Paling Tinggi Peningkatan

Pada bulan November 2011 dalam satu kenyataan kepada pihak media, kenyataan Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, Terengganu adalah negeri tertinggi di Semenanjung mengalami peningkatan jenayah dikalangan kanak-kanak.

Arfan menyatakan bahawa Terengganu adalah negeri ke 3 paling tinggi peningkatan kadar jenayah kanak-kanak iaitu sebanyak 41%,selepas negeri pertama Sarawak 87% dan Sabah 60%.

Sebaliknya, sejak 2004 sehingga 2011, kerajaan negeri Terengganu mendakwa telah mengeluarkan 20,000 orang kanak-kanak yang tamat atau khatam al-Quran, yang bermaksud kanak-kanak telah melalui proses pemurnian melalui al-Quran.

Selain itu,  kerajaan juga mendakwa mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut dengan pencapaian  seramai 3,548 calonnya memperoleh semua A (15 peratus) daripada 22,801 calon, peningkatan 0.2 berbanding tahun lalu manakala gred purata negeri bertambah baik kepada paras 2.15 peratus.

Bahkan, dengan pencapaian Terengganu dalam keputusan PMR tahun lalu, kerajaan mendakwa berjaya mendidik anak-anak sehingga mencatat sejarahnya tersendiri apabila sekali lagi mengungguli keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila seramai 1,962 calon atau 8.95 peratus berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Pengarah Pelajaran negeri Terengganu, Hashim Mohd Zin selepas mengumumkan keputusan SPM 2011 turut mendakwa  Terengganu terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut.

Apakah tidak ada cerminan diantara pencapaian-pencapaian kecemerlangan akademik sebagaimana di laporkan dengan kadar jenayah kanak-kanak di negeri Terengganu.

Tidak ada refleksinya antara kejayaan-kejayaan mendidik anak sebagaimana yang didakwa dengan kejadia jenayah yang membabitkan kanak-kanak, remaja dan pelajar sekolah.

Sehingga pernah dicatatkan dalam laporan polis pada tahun 2009 lebih 60 peratus kadar jenayah di Terengganu disumbangkan oleh golongan remaja yang kebanyakannya berumur 15 hingga 25 tahun.

Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah mendedahkan, seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009.

Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas para pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah, dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda.

Fakta perangkaan sosial diatas  memberi isyarat betapa seriusnya masalah sosial dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Ia juga menunjukkan ketidak mampuan sistem sosial dan undang-undang negara ini membendung jenayah tersebut sekaligus, tidak dapat menjamin dan melindungi keselamatan kanak-kanak yang merupakan asset penting negeri negeri dan negara pada masa depan

No comments:

Post a Comment