Blog komunikasi pelajar SMK Tanjong Mas. Menuju Kecemerlangan .
Thursday, December 8, 2011
Friday, December 2, 2011
Wednesday, November 2, 2011
APAKAH "HUMAN RIGHT" ?
MANUSIA OH MANUSIA YANG MEMPERJUANGKAN "HUMAN RIGHT"
"HUMAN RIGHT" merupakan satu prasa baru yang sangat bahaya terutama kepada manusia yang beragama, yang percaya kepada fitrah semulajadi. Satu perjuangan bentuk baru manusia moden yang memperjuangkan hak peribadi, hak kumpulan walaupun ia bertentangan dengan fitrah manusia dijadikan.
Kenapa "kumpulan gay" , kumpulan lesbian, kumpulan transexual dan bisexsual diperjuangkan oleh masyarakat yang berpendidikan dan intelek. Masyarakat kampung tak terpanggil untuk perjuangan songsang ini. Atas dasar apa mereka dianggap teraniaya, didiskriminasikan, dianaktirikan oleh masyarakat, oleh kerajaan dan sebagainya? Jangan terpengaruh dengan golongan barat yang sudah rosak identitinya, yang sudah buta hati dan buta pemikiran hanya kerana memuja nafsu semata-mata.
"Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery merupakan satu contoh di mana perjuangan manusia yang tidak waras kerena kumpulan yang dianggap tersisih ini diangkat dan dijunjung sebagai golongan yang dipertahankan. Puslisiti sebegini tidak sesuai dengan budaya kita orang timur yang percayakan Tuhan. Ini disebabkan mereka mengamalkan satu budaya yang terang-terang bertentangan dengan hidup beragama dan dengan kata lain menentang Tuhan.
Adakah kerena memperjuangkan kebebasan kita lupa kepada kebebasan orang lain? Bila kita beli radio, maka kita pasangan dengan sekuat mungkin sehingga jiran kita terjaga dari tidur. Jiran tidak boleh marah atas dasar hak asasi manusia. Kita boleh telanjang di jalan raya, dan orang ramai tidak boleh menghalang atas dasar hak asasi manusia. Kita memperjuangkan hak asasi kita tanpa melihat hak asasi orang lain. Adakah ini hak asasi. Kita meniru cara barat, namun kita lupa masyarakat barat menyaman jiran sebelah rumah hanya kerana anjing jiran yang menyalak kuat membangunkannya dari tidur tengahari.
Bagaimana kita nak mendidik anak-anak kepada budaya bermaruah, sihat dan beradab jika orang dewasa memperjuangkan budaya yang terang-terang salah di sisi masyarakat dan agama. Sepatutnya golongan ini dikumpul untuk disedarkan bahawa budaya songsang mereka perlu ditamatkan. Orang berzina dihadiahkan kondom , kononnya untuk elakan HIV AIDS. Tempat persundalan diberikan lesen kononnya untuk mengawal daripada ia merebak. Anak-anak diberikan telefon canggih kononnya untuk mudah dihubungi walaupun telefon bimbitnya penuh dengan adengan lucah. Anak dihadiahkan motosikal besar kononnya menjaga hati anak yang disayangi walaupun disalahgunakan untuk merempit. Anak permpuan dibenarkan merempat malam siang dan akhirnya berzina kononnya ia keluar dengan rakan yang boleh dipercayai.
Kesian rakan guru yang siang malam berfikir untuk memperbaiki perangai dan kelakuan anak-anak kini yang rosak. Mereka ibarat benteng pasir yang digunakan bagi membetes air banjir yang sedang turun. Sekolah dikehendaki mengajar anak-anak satu budaya terhormat dan sihat namun masyarakat menyajikan anak-anak dengan segala macam kerosakan akibat hak asasi mereka memburu wang dan seks bebas.
"Human Right" hak asasi yang disalahgunakan untuk menghalalkan budaya jijik dan kotor yang menyimpang daripada asal kejadian makhluk di bumi. Pokok tidak menyalahgunakan hak jantan dan betinanya sehinggalah menusia memecah tradisi dengan membuat kacukan. Binatang tidak menyalahgunakan hak jantan dan betinanya untuk 'berhak asasi' dengan satu jantina dengannya. Namun manusia dengan tangan-tangan mereka menjadikan masyarakat huruhara dan sukar untuk dijelaskan kepada generasi akan datang.
link:
Saya berharap agar cendikiawan yang mendokong kebebasan hak asasi ini agar lebih rasional dan kembali kepada etika masyarakat dan jangan cenderung kepada golongan yang telah dilaknat oleh Tuhan. Gunakanlah matahati dan pemikiran rasional agar kita menjadi salah seorang yang membangun bangsanya, tamadunnya dan bukan yang meruntuhkannya.
Link: http://jendelakaunseling.blogspot.com/2011/06/games-hina-islam.html

Tuesday, November 1, 2011
Hadis Nabi
عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري t قال: قال رسول الله e : (( الطهور شطر
الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan
bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu
adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual
dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Monday, October 31, 2011
Sunday, June 12, 2011
Carta Organisasi
Berusaha Ke Arah Kesejahteraan
Carta Organisasi
Pengerusi
Pengetua
Tuan Haji Mohd Razali Bin Ismail (Pengetua)
Pengerusi
Pengetua
Tuan Haji Mohd Razali Bin Ismail (Pengetua)
Timbalan Pengerusi
GPK HEM
Tuan Haji Ruslee Bin Omar( P.K.Hal Ehwal Murid )
Naib-Naib Pengerusi
GPK PENTADBIRAN
Encik Nik Rahimy Bin Nik Hassan (P.K. Pentadbiran)
GPK Kokurikulum
Encik Mohamad Faudzi Bin Che Abas (P.K. Kokurikulum)
Setiausaha
Guru Bimbingan Kaunseling 1
Encik Ali Bin Awang
Bendahari
Guru Bimbingan Kaunseling 3 Puan Nik Rohaida Binti Nik Harun
AJK
1. Encik Zainudin Bin Yusoff (Guru Kanan Bahasa)
1. Encik Zainudin Bin Yusoff (Guru Kanan Bahasa)
2. Puan Hajjah Wan Raiha Bt Wan Abdullah (Guru Kanan Sains Sosial)
3. Puan Noor Rizan Bt Abdullah (Guru Kanan Sains Matematik)
4. Tuan Syed Mohd Zahari Bin Tuan Baharu (Guru Kanan Teknik Vokasional)
5. Puan Aidah Omar (Guru Cemerlang)
6. Puan Hajjah Wan Normah Che Kerma (Penyelaras Pendidikan Khas
Guru Bimbingan 2 Keibubapaan | Puan Faridah Binti Sulaiman |
Guru Bimbingan 3 Akademik | Puan Wan Norhayati Abdullah |
Guru Bimbingan 4 Psikososial dan Kesejahteraan Mental | Puan Hajjah Shaluwani Bt Yusoff |
Guru Bimbingan 5 Latihan dan Kepimpinan | Puan Hjh Naljihan Bt Che Mahmood |
Guru Bimbingan 6 Lawatan | Encik Mohd Khalid Mustafa |
Guru Bimbingan 7 Pendidikan Pencegahan Dadah | Cik Norizan Ismail |
Guru Bimbingan 8 Pembimbing Rakan Sebaya | 1. Puan Nik Rohaida Bt Nik Harun |
*AJK melibatkan :
Ketua Bidang Kemanusiaan
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
Ketua Bidang Bahasa
Guru Pendidikan Islam
Ketua Guru Disiplin
Guru Biasiswa
Guru Penyelaras Kokurikulum
Guru Penyelaras Tingkatan 1
Guru Penyelaras Tingkatan 2
Guru Penyelaras Tingkatan 3
Guru Penyelaras Tingkatan 4
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
Ketua Bidang Bahasa
Guru Pendidikan Islam
Ketua Guru Disiplin
Guru Biasiswa
Guru Penyelaras Kokurikulum
Guru Penyelaras Tingkatan 1
Guru Penyelaras Tingkatan 2
Guru Penyelaras Tingkatan 3
Guru Penyelaras Tingkatan 4
Guru Penyelaras Tingkatan 5
PENGENALAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG MAS, KOTA BHARU, KELANTAN.
PENGENALAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.
VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN ELEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL, PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERHKIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH.
MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENOLONG BANTU PELAJAR DARI ASPEK PENGAYAAN, PERKEMBANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN, KETRAMPILAN DAN KONSEP KENDIRI POSITIF YANG PERLU DALAM MENGHASILKAN MASYARAKAT MADANI MELALUI ERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERKESAN, BERAMANAH BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBELINGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN
ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.
SENARAI TUGAS KAUNSELOR
1. MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH..
2. MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3. SEKOLAH MELALUI KAJIAN KEPERLUAN, SOALSELIDIK, TEMU BUAL DAN
PERBINCANGAN DENGAN PELAJAR, GURU,PENTADBIR,KAKITANGAN SEKOLAH,IBU
BAPA DAN BEKAS PELAJAR.
4. MERANCANG, MENGAWALSELIA DAN MENGEMASKINI REKOD DAN INVENTORI
PELAJAR.
5. MENGUMPUL, MENYEDIA, MENYEBAR MAKLUMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KELOMPOK DAN TUNJUKAJAR. INSTRUCTIONAL) YANG MERANSANG
PERKEMBANGAN PELAJAR SECARA OPTIMUM.
6. MERANCANG,MELAKSANA DAN MENGAWALSELIA PERKHIDMATAN KAUNSELING
INDIVIDU SECARA PROFESIONAL DAN BERETIKA.
7. MERANCANG,MELAKSANA, MENGAWALSELIA AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK SEMUA PELAJAR.
8. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA SERTA MENILAI PROGRAM DAN
AKTIVITI PEMBERIAN MAKLUMAT SESUAI DENGAN PENAWARAN PAKEJ PENSIJILAN
TERBUKA DAN KEPERLUAN IPT
9. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN
AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEHAGAN DADAH, INHALAN, ROKOK DAN ALKOHOL.
10. MERANCANG MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN
AKTIVITI UNTUK EMNYEDIA DAN MENDEDAHAKAN PELAJAR KEPADA PELUANG
MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM LUAR
NEGARA.
11. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN EMNILAI PROGRAM DAN
AKTIVITI PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN BERHUBUNG BIMBINGAN
DAN KAUNSELING, KERJAYA DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
12. MERANCANG, MELAKSANAKAN, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN
AKTIVITI KONFERENS DENGAN IBI BAPA, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU DAN
AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES
PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR.
13. MEMBUAT PENILAIAN AKTIVITI, MODUL, MODEL, INSTRUMEN DAN PENDEKATAN
SECARA MENYELURUH BAGI MENINGKATKAN MUTU DAN PROFESIONALISMA
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH.
14. MERANCANG, MENYELARAS DAN MENILAI SUMBER DAN BAHAN RESOS
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
15. MENJADI URUSETIA KEPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
16. MENJADI PENGGERAK UTAMA DALAM PROGRAM LATIHAN DALAMAN BAGI
MENYEBARKAN PENINGKATAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.
17. MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR, GURU, KAITANGAN
DAN IBU BAPA YANG MEMERLUKANNYA.
18. MENJADI PERSONEL PERHUBUNGAN SERANTA SEKOLAH DENGAN AGENSI-
AGENSI LUAR YANG BERKAITAN.
19. MENJADI AHLI JAWATANKUASA EX-OFICIO DALAM JAWATANKUASA KURIKULUM
SEKOLAH.
20. MENJADI AHLI JAWATANKUASA DALAM MAJLIS PERANCANG SEKOLAH, DISIPLIN SEKOLAH DAN JAWATANKUASA LEMBAGA/BADAN PENGAWAS SEKOLAH.
21. MENJADI PENYELAERASW DALAM PROGRAM MENTO-MENTE SEKOLAH
22. MENJADI PENYELARAS DALAM PROGRAM-PROGRAM PENGEMABNAGAN
PELAJAR SEPERTI KOLOKIUM, MOTIVASI, KEM JAYA DIRI DAN KURSUS
KETATANEGARAAN.
FUNGSI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
- Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.
- Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori.
- Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
- Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar.
- Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
- Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar
- Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
- Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
- Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.
- Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
- Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.
- Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.
- Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
- Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
- Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.
- Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
- Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.
- Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
- Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah.
- Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee.
- Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,motivasi,kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
Halangan-halangan yang dihadapi
- Keadaan bilik yang kurang kondusif.
- Peralatan yang tidak mencukupi.
- Kurangnya bahan rujukan.
- Kewangan untuk mengadakan sesuatu program.
- Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling.
Cadangan mengatasi halangan yang timbul
- Pengubahsuaian bilik kaunseling.
- Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan.
- Guru-guru membantu mengubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling (mewujudkan fikiran yang positif )
Tugas-tugas kaunselor:
Merancang dan memastikan kaunselor melaksanakan 22 tugas yang ditetapkan iaitu :
- Pencegahan
- Pengembangan
- Pemulihan
- Kaunseling Krisis
- Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah.
- Buat kajian keperluan.
- Mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
- Menyebarkan maklumat B & K.
- Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar.
- Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional.
- Rancang aktiviti kemahiran belajar.
- Rancang Program Pelajar Cemerlang
- Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol.
- Rancang Program Pendedahan Pelajar Ke IPTA
- Melaksanakan Ujian Personaliti
- Rancang aktiviti/program keibubapaan.
- Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
- AJK majlis Perancang sekolah.
- Penyelaras mentor-mentee.
- Dll.
Aktiviti kaunselor dapat dilihat secara holistik untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, berjiwa besar, jati diri, berwawasan dan berketrampilan perlu melaksanakan seperti berikut:
a) Akademik:
- Penetapan potensi pelajar berdasarkan Head-Counts bersama PKI.
- Penetapan potensi ke IPTA/IPTS bersama PKI.
- Penetapan laluan kerjaya berasaskan potensi pelajar (tingkatan 5) bersama PKI.
b) Kemahiran Belajar:
- Memberi kemahiran membaca, mencatat, pengurusan masa, pengurusan diri, mendengar, mengingat dll.
- Program ini dibuat bersama PK Hem.
c) Kerjaya:
- Inventori minat.
- Inventori personaliti.
- Inventori nilai.
- Pemilikan mata pelajaran elektif.
- Pengumpulan maklumat kerjaya.
- Pendedahan kerjaya & peluang latihan kerjaya.
- Penyebaran maklumat.
(Kaunselor dan guru subjek & penyelaras tingkatan)
d) Psiko Sosial & Kesejahteraan Mental:
- Ujian Personaliti.
- Senarai Semak Masalah.
- Kemahiran Komunikasi.
- Kemahiran Asertif.
- Pengurusan Tekanan.
- Pengekalan Penghargaan Kendiri/Self Esteem.
- Perkembangan Keremajaan
- Konsep Kendiri.
- Pengendalian Kendiri.
- Program Orentasi
(Kaunselor bersama guru agama)
e) Keibubapaan:
- Komunikasi.
- Kemahiran Keibubapaan.
- Motivasi Keluarga.
(Kaunselor bersama PIBG/HEM)
f) Masalah Pelajar:
- Kemahiran Komunikasi.
- Kemahiran Penyelesaian Masalah.
- PRS
- Kemahiran Sosial.
- Kemahiran Tegas Diri.
(Kaunselor bersama HEM dan guru disiplin)
TAKWIM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2008
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2008
Januari Tema: Bulan Pemantapan Sahsiah
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
04.01.2008 | 1 | Minggu Suaikenal dabn Pemantapan Pelajar Tingkatan Satu | Semua AJK & Guru Tingkatan Satu | Perancangan dan agihan tugas |
2 | Pengurusan bilik kaunseling dan maklumat yang diperlukan | Semua AJK | Keceriaan bilik | |
2 | Persediaan Program Haluan pelajar tingkatan 4 | Semua AJK | Penyelaras Tingkatan 4 | |
3 | Mesyuarat AJK unit B&K kali pertama | Semua AJK | Perancangan & agihan tugas | |
3 | Program Motivasi Pelajar Tingkatan 2 | Semua AJK | Semua Pelajar Tingkatan 2 | |
4 | Pemilihan dan Amali PRS | Semua AJK | Pelajar Ting. 3 , 4 dan 5 |
Februari Tema : Bulan Kepimpinan Pelajar
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Taklimat Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling | Guru Kaunseling | Program Budaya Cemerlang SMKTMas | |
1 | Kem Kepemimpinan Pelajar | Penasihat Pengawas | Di luar kawasan sekolah | |
2 | Pembangunan Staff 1 | Semua AJK | Penyelaras Kursus | |
2 | Program Visi Cemerlang PMR | Semua AJK | Penyelaras Tingkatan 3 | |
3 | Teknik Pengurusan Diri | Semua AJK | Pelajar PRS | |
4 | Program Visi Cemerlang SPM | Semua AJK | Penyelaras Tingkatan 5 |
Mac Tema : Bulan Jati Diri dan Pemantapan Disiplin
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Persediaan Program Titian Kasih | Semua AJK | Pelajar Highrisk | |
hingga cuti pertengahan penggal | ||||
3 | Program Titian Kasih (Mentor Mentee) | Semua Guru | Penyerahan pelajar | |
3 | Pembangunan Staff kedua | Semua Guru | Penyelaras P. Staff | |
4 | Ujian Personaliti, Ujian Minat dan Ujian Nilai Kerjaya | Guru Kaunseling | Semua Pelajar T.4 |
April Tema : SEKOLAHKU , RUMAHKU
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Program Bina Insan (Minggu) | Semua Guru | Semua Pelajar | |
2 | Teknik belajar Fasa 1 | AJK B&K | Pelajar Ting 3 | |
2 | Pameran Kerjaya Kontemporari | Semua Guru | Semua Pelajar dan agensi luar | |
3 | Sebaran maklumat IPTA/S & Kerjaya | Guru kaunseling | Penceramah Luar | |
3 | Keceriaan bilik Kaunseling | Semua & Pelajar | Ahli PRS | |
4 | Pertandingan Buku Skrap | AJK B&K | Ahli PRS |
Mei Tema : Pelajar Berbudaya
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Pertandingan buku skrap dan kerjaya | Guru B&K | Semua Pelajar | |
2 | Mesyuarat UBK kali ke 2 | Semua AJK | Bilik kaunseling | |
3 | Teknik menghadapi peperiksaan ( fasa 2 ) | Guru kaunseling | Pelajar T.5 | |
4 | Sebaran maklumat kerjaya | Guru kaunseling | Papan Kenyataan | |
hingga cuti pertengahan tahun |
Jun
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
2 | Kemahiran berkomunikasi | Guru kaunseling | PRS | |
3 | Perjumpaan mentor –mantee kali ke dua | Semua guru | Pelajar Ting 5 | |
4 | Kajian jejakan | Guru kaunseling | Pelajar Lepasan SPM |
Julai
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Kecerian bilik kauseling | Guru kaunseling | Kemaskini bahan | |
2 | Sebaran Maklumat Kerjaya | Guru kaunseling | Papan Kenyataan | |
3 | Teknik Belajar Berkesan | Guru kaunseling | Pelajar asrama | |
4 | Kaedah penyelesaian masalah | Guru kaunseling | Ahli PRS |
Ogos
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Teknik belajar | Guru kaunseling | PRS | |
2 | Sebaran Maklumat Kerjaya | Guru kaunseling | Papan Kenyataan | |
3 | Teknik Belajar Berkesan | Guru dan Pelajar | Ahli PRS | |
hingga (Cuti Semester kedua) |
September
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Perjumpaan PRS | Guru kaunseling | Ahli PRS | |
2 | Teknik menulis resume & menghadiri temuduga | Guru kaunseling | Pelajar yang berminat | |
3 | Sebaran Maklumat UPU | Guru kaunseling | Pelajar Ting 5 | |
4 | Teknik menghadapi peperiksaan (Fasa 2) | Guru kaunseling | Pelajar Ting 5 |
Oktober
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Perjumpaan Mentor | Semua guru | Galakan semangat | |
1 | Perjumpaan PRS | AJK & PRS | Latihan Asertif | |
4 | Mesyuarat Unit B&K kali ketiga | AJK B&K | Bilik kaunseling |
November
Tarikh | Minggu | Aktiviti | Tindakan | Catatan |
1 | Kemas kini dan pendokumentasian | AJK B&K | Data dan maklumat unit B&K | |
2 | Perancangan tahun 2007 | AJK kaunseling | Bilik kaunseling | |
3 | Penyerahan laporan akhir tahun | Pengerusi | Pentadbir | |
hingga Cuti Akhir Tahun |
Subscribe to:
Posts (Atom)