Wednesday, August 29, 2012

PEMBELAJARAN BERKESAN

Pembelajaran Yang Berkesan atau yang efektif memerlukan beberapa ciri dan kaedah. Ciri dan kaedah ini perlu dipraktik dan diguna dalam pembelajaran semasa dan di rumah. Bukan sesuatu yang senang untuk berjaya dan cemerlang. Bukan sesuatu yang sukar jika pembelajaran kita melalui kaedah yang betul. Pembelajaran adalah satu tatacara yang perlu diulang ulang dan ulang. Setiap kemahiran perlu dilatih dan dilatih untuk jadi mahir. Pelajar yang mahir dalam kaedah pembelajaran itulah yang cemerlang. Dengan kata lain untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam segala aspek memerlukan kemahiran belajar yang berkesan. Belajar untuk belajar.

Antaranya
1. Mempunyai Motivasi Dalaman Yang Tinggi (Inner Motivation) - sinergi
2. Konsentarasi atau tumpuan yang tepat.
3. Reaksi terhadap pembelajaran yang berlaku
4. Organise atau sistematik
5. Konfrehensif - step belajar
6. Ulangi, Ulangi, Ulangi