Wednesday, November 2, 2011

APAKAH "HUMAN RIGHT" ?

MANUSIA OH MANUSIA YANG MEMPERJUANGKAN "HUMAN RIGHT"


"HUMAN RIGHT" merupakan satu prasa baru yang sangat bahaya terutama kepada manusia yang beragama, yang percaya kepada fitrah semulajadi. Satu perjuangan bentuk baru manusia moden yang memperjuangkan hak peribadi, hak kumpulan walaupun ia bertentangan dengan fitrah manusia dijadikan. 


Kenapa "kumpulan gay" , kumpulan lesbian, kumpulan transexual dan bisexsual diperjuangkan oleh masyarakat yang berpendidikan dan intelek. Masyarakat kampung tak terpanggil untuk perjuangan songsang ini. Atas dasar apa mereka dianggap teraniaya, didiskriminasikan, dianaktirikan oleh masyarakat, oleh kerajaan dan sebagainya? Jangan terpengaruh dengan golongan barat yang sudah rosak identitinya, yang sudah buta hati dan buta pemikiran hanya kerana memuja nafsu semata-mata. 


"Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery merupakan satu contoh di mana perjuangan manusia yang tidak waras kerena kumpulan yang dianggap tersisih ini diangkat dan dijunjung sebagai golongan yang dipertahankan. Puslisiti sebegini tidak sesuai dengan budaya kita orang timur yang percayakan Tuhan. Ini disebabkan mereka mengamalkan satu budaya yang terang-terang bertentangan dengan hidup beragama dan dengan kata lain menentang Tuhan.


Adakah  kerena memperjuangkan kebebasan kita lupa kepada kebebasan orang lain? Bila kita beli radio, maka kita pasangan dengan sekuat mungkin sehingga jiran kita terjaga dari tidur. Jiran tidak boleh marah atas dasar hak asasi manusia. Kita boleh telanjang di jalan raya, dan orang ramai tidak boleh menghalang atas dasar hak asasi manusia. Kita memperjuangkan hak asasi kita tanpa melihat hak asasi orang lain. Adakah ini hak asasi. Kita meniru cara barat, namun kita lupa masyarakat barat menyaman jiran sebelah rumah hanya kerana anjing jiran yang menyalak kuat membangunkannya dari tidur tengahari. 


Bagaimana kita nak mendidik anak-anak kepada budaya bermaruah, sihat dan beradab jika orang dewasa memperjuangkan budaya yang terang-terang salah di sisi masyarakat dan agama. Sepatutnya golongan ini dikumpul untuk disedarkan bahawa budaya songsang mereka perlu ditamatkan. Orang berzina dihadiahkan kondom , kononnya untuk elakan HIV AIDS. Tempat persundalan diberikan lesen kononnya untuk mengawal daripada ia merebak. Anak-anak diberikan telefon canggih kononnya untuk mudah dihubungi walaupun telefon bimbitnya penuh dengan adengan lucah. Anak dihadiahkan motosikal besar kononnya menjaga hati anak yang disayangi walaupun disalahgunakan untuk merempit. Anak permpuan dibenarkan merempat malam siang dan akhirnya berzina kononnya ia keluar dengan rakan yang boleh dipercayai. 


Kesian rakan guru yang siang malam berfikir untuk memperbaiki perangai dan kelakuan anak-anak  kini yang rosak. Mereka ibarat benteng pasir yang digunakan bagi membetes air banjir yang sedang turun. Sekolah dikehendaki mengajar anak-anak satu budaya terhormat dan sihat namun masyarakat menyajikan anak-anak dengan segala macam kerosakan akibat hak asasi mereka memburu wang dan seks bebas. 


"Human Right" hak asasi yang disalahgunakan untuk menghalalkan budaya jijik dan kotor yang menyimpang daripada asal kejadian makhluk di bumi. Pokok tidak menyalahgunakan hak jantan dan betinanya sehinggalah menusia memecah tradisi dengan membuat kacukan. Binatang tidak menyalahgunakan hak jantan dan betinanya untuk 'berhak asasi' dengan satu jantina dengannya. Namun manusia dengan tangan-tangan mereka menjadikan masyarakat huruhara dan sukar untuk dijelaskan kepada generasi akan datang. 


link:
Saya berharap agar cendikiawan yang mendokong kebebasan hak asasi ini agar lebih rasional dan kembali kepada etika masyarakat dan jangan cenderung kepada golongan yang telah dilaknat oleh Tuhan. Gunakanlah matahati dan pemikiran rasional agar kita menjadi salah seorang yang membangun bangsanya, tamadunnya dan bukan yang meruntuhkannya.


Link: http://jendelakaunseling.blogspot.com/2011/06/games-hina-islam.html

Tuesday, November 1, 2011

Hadis Nabi

عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري t قال: قال رسول الله e : (( الطهور شطر
الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan
bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu
adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual
dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.